You are currently viewing KONSEP 80|20 UNTUK TURUN BERAT BADAN

KONSEP 80|20 UNTUK TURUN BERAT BADAN

80% – DIET/PEMAKANAN SIHAT, 20% – SENAMAN, 100% – PEMIKIRAN (Kunci turun berat)

Ya, untuk turun berat tak perlu beriya – iya sangat masuk gym ke pergi trek tasik ke masuk kelas zumba amboi sangat bersenam nak kurus tapi kalau masih jahil bab makan tiada gunanya. Kena fahami konsep penting 80|20 jika nak sukses turun berat. 

Ibarat masuk gym bakar 400kcal, balik gym tak tahu makan apa pergi lantak nasi lemak ayam dan tealive terus tambah balik 600kcal. Rugi ke rugi bersenam sebelum tu ? Bolehlah membawa diri ke bucu katil dan menangis lepas tu sebab penat berlari atas treadmill je dapat. 

” saya ni rajin jog dan berzumba, tapi berat tak turun turun “

20% tu awak dah buat bersungguh setelah sekian lama, kenapa berat tak turun ? something wrong somewhere lah kan ? Mesti la lagi 80% tu awak tak buat, confirm punya. Haa mengaku cepat ! Haha. 

KUNCI UTAMA TURUN BERAT

Kunci utama dalam proses penurunan berat  adalah kombinasi 80% pemakanan + 20% senaman dan 100% mindset. Kebanyakkan anggap nak kurus je pergi gym , bersenam penat macam nak meninggal. Hakikatnya gabungan 80+20 ni faktor utama.

KESILAPAN TERBESAR dalam proses menurunkanan berat badan adalah mereka mengabaikan 80% PEMAKANAN. Ubah tabiat pemakanan maka secara tak langsung ia akan mengubah berat badan, bentuk badan dan dapat melakukan aktiviti fizikal dengan baik. Makanlah ikut keperluan badan, bukan nafsu.

Senaman TIDAK WAJIB dalam penurunan berat kerana badan kita sendiri secara semulajadi akan mengunakan tenaga asas (pembakaran kalori) walaupun dalam keadaan rehat (konsep BMR) . Senaman adalah HARUS bagi pembakaran lemak yang sedia ada selain mempercepatkan proses penurunan berat. 

Permulaan penurunan berat haruslah bermula dengan SIKAP yang baik, percaya pada diri anda boleh lakukannya. Minda kita sangat powerful, jadi mindset haruslah sentiasa positif dan betul. Jika minda kekal positfif terhadap usaha dan transformasi, anda pasti akan kekal dan terus bersemangat untuk mencapai matlamat. Selain sentiasa mencari ILMU sebagai panduan dalam meneruskan misi dengan cara yang betul. 

Di bawah ni coach share satu video TikTok tentang Tips bagaimana untuk mengawal rasa lapar. Jangan lupa Follow coach ya, Semoga bermanfaat!

TIPS TURUN BERAT PERCUMA?

MASUKKAN NAMA DAN EMEL ANDA DAN DAPATKAN FREE EBOOK TENTANG TURUN BERAT DARI COACH.

kami menjaga kerahsiaan data anda dan hanya berkongsi dengan pihak yang melancarkan perkhidmatan kami. Sila Baca Privacy dan Policy kami.

Leave a Reply