You are currently viewing PUNCA UTAMA BERAT BADAN NAIK

PUNCA UTAMA BERAT BADAN NAIK

Percaya atau tidak, anda juga boleh mengalami ketagihan makanan dan ia boleh menyebabkan berat badan anda meningkat. Kebanyakan makanan segera yang tinggi lemak dan tinggi gula merangsang bahagian yang berkaitan dengan ganjaran dalam otak anda. Hal ini boleh menyebabkan anda menjadi ketagih terhadap makanan. Ketagihan makanan yang dialami ini telah disamakan dengan ketagihan dadah seperti nikotin, kanabis dan juga kokain. Nak tau punca dan solusinya? Sila tonton video di bawah.

5 CARA MUDAH UNTUK KAWAL NAFSU MAKAN

Terdapat hormon tertentu dalam badan kita yang seperti dibuktikan oleh para saintis, bertanggunjawab terhadap ketagihan. Makan terlalu banyak juga adalah satu jenis ketagihan kerana sesetengah orang tidak boleh mengawal apa yang dimakan dan berapa banyak makanan yang diambil.

Terdapat hormon tertentu dalam badan kita yang seperti dibuktikan oleh para saintis, bertanggunjawab terhadap ketagihan. Makan terlalu banyak juga adalah satu jenis ketagihan kerana sesetengah orang tidak boleh mengawal apa yang dimakan dan berapa banyak makanan yang diambil.

Gantikan Makanan Diproses Dan Pemanis Dengan Alternatif Yang Berkhasiat

Kebanyakan kajian yang dilakukan mengatakan bahawa produk yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, pemanis buatan dan lemak akan menyebabkan ketagihan dengan mencetuskan tindak balas kimia dalam badan. Makanan yang diproses kebanyakannya mengandungi semua yang disebutkan di atas. Sebab itu penting untuk anda menggantikannya dnegan produk yang lebih sihat. Untuk memudahkan, buat senarai sebelum pergi membeli-belah agar anda tidak membeli makanan yang tidak berada di dalam senarai.

Kawal Pengambilan Makanan

Sekiranya masih tidak boleh menyisihkan makanan yang tidak sihat dari menu anda, cuba untuk kurangkan ketagihan anda dengan hanya makan dalam jumlah tertentu. Sebagai contoh, jika anda ingin makan kerepek, beli pek kecil, sekali seminggu. Juga, ketahui bahagian produk tertentu yang selamat untuk dimakan dan makan hanya satu bahagian. Jika masih lapar, tunggu kira-kira 30 minit sebelum makan bahagian yang lainnya. Pada masa ini keinginan anda untuk makan mungkin akan berlalu.

Elakkan Kafein

Tidur yang mencukupi adalah sangat penting untuk kekal sihat dan menangani stres setiap hari, dan kafein yang bertindak sebagai perangsang, boleh mengganggu rehat yang tubuh anda perlukan. Jadi dengan mengurangkan pengambilan kafein dapat membantu anda mendapatkan tidur yang mencukupi serta membantu mengurangkan berat badan.

Masak Di Rumah

Makan di rumah sebenarnya lebih sihat kerana ia memberikan anda lebih banyak kawalan. Apabila anda tahu dengan tepat berapa banyak garam, gula atau lemak yang digunakan dalam hidangan, atau menukar bahan yang digunakan, anda akan punya idea lebih baik tentang bagaimana untuk mencapai matlamat pemakanan dan kalori.

TIPS TURUN BERAT PERCUMA?

MASUKKAN NAMA DAN EMEL ANDA DAN DAPATKAN FREE EBOOK TENTANG TURUN BERAT DARI COACH.

kami menjaga kerahsiaan data anda dan hanya berkongsi dengan pihak yang melancarkan perkhidmatan kami. Sila Baca Privacy dan Policy kami.

Leave a Reply